Peringatan, Tarikh Akhir Hantar Borang  Borang B pada 15 Julai 2019 …

101 Kaedah PENJIMATAN CUKAI
Ini Mendedahkan Bagaimana
MENGURANGKAN
CUKAI ANDA SEHINGGA 100%!

Dengan hanya mengeksploitasi sepenuhnya strategi pelepasan,
pengecualian, insentif dan galakan cukai …

101 Kaedah PENJIMATAN CUKAI
Ini Mendedahkan Bagaimana
MENGURANGKAN CUKAI
ANDA SEHINGGA 100%!

Dengan hanya mengeksploitasi sepenuhnya strategi pelepasan,
pengecualian, insentif dan galakan cukai …

Bila sebut sahaja L. H. D. N, rata-rata akan tersentap mendengar 4 huruf berbisa ini yang langsung berkait rapat dengan cukai. Topik cukai bukanlah satu isu yang asyik dibincangkan. Malah, mereka yang bukan dari golongan pembayar cukai akan cepat-cepat tutup telinga dan melarikan diri dari isu panas ini.

Sebenarnya, isu cukai adalah topik yang menyeronokan dan patut diambil berat oleh semua individu yang menjana pendapatan lebih dari RM36,000 SETAHUN, lebih-lebih lagi usahawan dan mereka yang memiliki perniagaan. Kurang daripada itu, anda sebenarnya tak perlu takut.

Duduk dan JANGAN LARI. Baca setiap apa yang dicoretkan dibawah kerana, anda akan tahu bagaimana untuk mengurangkan jumlah cukai jika anda menghadapi masalah jumlah bayaran yang terlalu besar, terlebih bayar, atau ini mungkin pertama kali anda hendak bayar cukai dan nak tahu pelepasan cukai yang disediakan untuk mengurangkan jumlah cukai.

Hi, Nama saya Khairul Amal Hashim dan saya tahu betapa sukarnya mendapatkan maklumat-maklumat yang dapat mengurangkan kadar cukai dengan cara yang SAH disisi Undang-Undang. Jika ada sekalipun ianya jarang sekali disertakan penerangan lanjut bagaimana mahu membuat tuntutan dan apakah pula kekangan yang ada.

Malah jika anda bertanya dengan akauntan, mereka mungkin tidak dapat memberikan jawapan yang jelas kerana belum tentu mereka seorang PERUNDING CUKAI BERTAULIAH.

Apa yang mereka tahu adalah anda perlu bayar cukai sebelum atau tepat pada masanya. Jika tidak, bersedialah untuk dikenakan denda dan penalti sehingga boleh mencecah maksimum 300%.

Pendek kata, saya tahu apa yang anda lalui!

Kerana saya juga berbisnes seperti anda. Saya juga seperti anda, seorang individu yang tak dapat lari dari membayar cukai. Sejak bergelar ahli perniagaan dari tahun 2012, saya sedar betapa sukarnya memastikan isu cukai ini dapat diselesaikan dengan kaedah terbaik. 

Saya juga sering berhadapan dengan kes-kes audit cukai oleh pihak LHDN dan pengalaman tersebut menjadi titik tolak betapa pentingnya perancangan kewangan dan pengurusan cukai. Tiada istilah rancang apabila penyata kewangan telah siap diaudit. Perancangan hanya akan berkesan jika ia dilakukan SEKARANG untuk masa akan datang.

Cukai Memberikan Impak Besar
Jika Anda Lari Darinya

Saya adalah seorang akauntan dan juga perunding cukai bertauliah dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Dengan pengalaman dalam bidang percukaian selama hampir 2 dekad,
saya telah berhadapan dengan pelbagai kes dan isu cukai pendapatan. Daripada peniaga pasar malam sehinggalah syarikat dan badan korporat. 

Ia melibatkan kes pematuhan cukai, perancangan cukai, rayuan, audit dan penyiasatan. Ia bukanlah satu tugas mudah kerana pada peringkat awal pembabitan, saya mendapati kesedaran tentang pengurusan kewangan perniagaan amatlah rendah.

Saya sering bertemu dengan ahli perniagaan yang bukan sekadar tidak memahami hal-hal percukaian, namun lebih berat lagi mereka tidak  pun dapat menyediakan penyata kewangan dengan baik. Apabila mahu dibantu, masalah utama yang timbul adalah isu dokumen yang tidak lengkap.

Natijahnya, apabila berlaku audit cukai, mereka akan dikenakan penalti  yang tinggi diantara 45%-300% dari cukai tambahan dikenakan. 

Saya melihat, isu cukai pendapatan dan cukai korporat ini memberi impak besar yang signifikan ke atas individu dan golongan peniaga seperti anda. Anda akan menanggung kerugian besar dan berpotensi mengalami risiko aliran tunai jika tiada tindakan proaktif diambil dari awal operasi bisnes anda. 

Bermula dari sinilah, saya merasakan ada keperluan mendesak untuk lebih ramai orang awam memahami cukai dan risikonya.

“ Jangan Buat Kesilapan Besar Yang Merugikan Anda Dan Bisnes Anda…”

Pernah terjadi, seorang peguam terpaksa membayar cukai dan penalti yang besar sehingga nilainya mencecah 6 angka. Sudahlah lewat hantar, kemudian memilih pula taksiran Bersama sedangkan isteri beliau mempunyai pendapatan sendiri. 

Ya, sekiranya anda berkahwin, anda boleh asingkan cukai anda dan isteri. 

Sebagai seorang yang telah mengenali beliau sebelum ini, saya yakin beliau tidak seharusnya perlu membayar jumlah cukai sebegitu tinggi dalam setahun. Terlalu banyak kesilapan yang boleh dielakkan. Siapa sangka seorang yang terpelajar dan faham undang-undang masih gagal memahami kaedah asas pematuhan dan perancangan cukai.

Bayangkan jika anda terpaksa membayar cukai sehingga 6 angka. Patutlah orang takut dan lari apabila mendengar sebutan LHDN. 

Kesilapan juga boleh berlaku jika penyata kewangan untung-rugi, kunci kira-kira dan pengiraan cukai tidak disediakan mengikut polisi perakaunan yang betul. Jika maklumat yang dicatatkan tidak sama rekod sebenar, anda bakal berhadapan dengan situasi membayar cukai tambahan dan penalti. 

Seperti yang terjadi kepada seorang usahawan dalam bidang perladangan yang menemui saya ketika beliau sedang diaudit oleh pihak berkuasa. Beliau telah menyediakan penyata kewangan dan pengiraan cukai melalui perkhidmatan seorang rakan yang bukan seorang akauntan mahupun perunding cukai. Saya dapati banyak kesalahan dari segi polisi perakaunan dan tidak sama dengan rekod sebenar. 

Beliau akhirnya terpaksa menjelaskan cukai tambahan dan penalti. 

Jimat 18,000%, Dari Bayaran Cukai 5 Angka
Kepada 3 Angka. 

Jimat 18,000%, Dari Bayaran Cukai 5 Angka Kepada
3 Angka. 

Satu lagi peristiwa yang memberi kesan besar adalah apabila seorang ahli perniagaan, En. Razak (bukan nama sebenar) yang bertemu saya di sebuah restoran di Subang Jaya. Beliau diperkenalkan oleh seorang sahabat.

Apa kesnya?

Beliau telah dikenakan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM 19,000 oleh LHDN. Beliau telah pun beberapa kali membuat rayuan dan akhirnya cukai dikurangkan kepada RM 14,000.

Oleh kerana saya kesuntukan masa dan pertemuan tersebut juga tidak dirancang maka saya terus keluarkan telefon bimbit kerana tidak membawa kalkulator ketika itu. Saya pinjam pensel restoran dan mula melihat dengan teliti pengiraan cukai beliau.

Sambil menekan kalkulator di telefon bimbit saya bertanyakan bila tempoh akhir rayuan? Dia kata semalam, dah lepas!! Hah, terkejut saya dengar. 

Saya kata begini, tuan, apa kata petang ini juga tuan cepat-cepat hubungi pegawai mohon jasa baik untuk hantar rayuan ini sekali lagi esok. Bawa balik kertas ni dan minta kerani atau pengurus akaun tuan taip semula. Jika
mahu saya yang sediakan dah tentu tak sempat. Dengan gigih saya bantu beliau mengira elaun modal yang tak dituntut dan hasilnya menakjubkan!

Beberapa minggu selepas itu, saya mendapat tahu dari beliau berita gembira ini. Dengan nada penuh gembira, beliau maklumkan syukur sangat kerana LHDN menerima rayuan tersebut dan beliau hanya perlu menjelaskan …

RM 105 sahaja. 

Saya ulangi RM 105 SAHAJA!

Nah, berapa peratus pengurangan cukai beliau nikmati? Anda ada kalkulator? Kalau tiada anda pasti ada telefon bimbit kan. Duduk dan sila kira. 

“Apa Yang Perlu Saya Buat Sekarang Untuk Kurangkan Jumlah Cukai Yang Perlu Saya Bayar?…”

“Apa Yang Perlu Saya Buat Sekarang Untuk Kurangkan
Jumlah Cukai Yang Perlu Saya Bayar?…”

Saya tak kata saya bijak. Tetapi percayalah tidak sama jika anda memiliki ilmu dan sebaliknya. #bijakcukai

Peristiwa-peristiwa ini menyedarkan saya betapa pentingnya mendidik masyarakat khasnya mereka yang terlibat dalam perniagaan. Saya nekad untuk menulis sebuah panduan khas, kerana melihat tidak ada satu panduan khusus yang menyenaraikan perlepasan cukai teliti dan mendalam. Lagi-lagi dalam ilustrasi yang menarik dan santai. 

Saya pasti, anda sedang mencari satu panduan khusus untuk mengurangkan jumlah cukai sebanyak mungkin. Kerana saya tahu anda mahu simpan sebanyak mungkin pendapatan dan keuntungan bisnes dan anda juga sedaya upaya mengelakan dikenakan cukai tambahan dan penalti. Betul?

Terus terang saya katakan, anda boleh sahaja mengupah seorang perunding cukai untuk bantu buat kira-kira, tetapi kos upah sahaja antara 3 – 4 angka. Maka cara terbaik adalah anda sendiri mendapatkan ilmu yang bakal saya kongsikan kepada anda. 

Maka saya ingin bantu anda dapatkan ilmu tersebut …

Oleh Hal Demikian, MEMPERKENALKAN

101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI

Maka saya ingin bantu anda dapatkan ilmu tersebut …

Oleh Hal Demikian, MEMPERKENALKAN

101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI

*Gambar sekadar hiasan. Ebook ini anda perlu muat turun ke komputer atau smartfon anda. 

HARGA AKAN DINAIKAN DALAM MASA

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Apa Kandungan Dalam e-Book Ini Yang Dapat Bantu Saya Kurangkan Cukai?

Dalam e-book yang dikarang khas untuk anda yang bakal membayar cukai dan sedang pening kepala membuat kira-kira, anda akan pelajari 101 pendedahan ilmu pengurangan cukai antara tajuknya:

  • Manfaat Menjadi Seorang Pembayar Cukai
    Ketahui 6 kelebihan menjadi pembayar cukai yang sebenarnya menguntungkan anda dan bisnes anda. Anda juga diberikan carta alir panduan pendaftaran cukai pendapatan secara online.

     

  • Simpan Rekod Anda
    Ketahui lebih 20 jenis rekod atau penyata yang wajib anda simpan jika anda mahu menggunakan sepenuhnya fasiliti pengurangan cukai

     

  • Tak Semua Pendapatan Dikenakan Cukai
    Ketahui 13 jenis pendapatan yang dikecualikan daripada dikenakan cukai.
  • Yuran Pendidikan – Belajar Sampai Liang Lahat
    Jika anda sedang melanjutkan pelajaran, ketahui jumlah maksimum pelepasan yang anda boleh masukkan.  
  • Pelepasan Gaya Hidup – Jangan Terlebih Gaya Sudahlah
    5 pelepasan cukai terhadap pembelian atau langganan tertentu yang boleh dituntut.

     

  • Derma Dibenarkan – Faedah Dunia Akhirat
    Ketahui bagaimana untuk menuntut pengurangan cukai melalui derma-derma yang telah dilakukan
        

  • Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurangkan cukai

e-Book ini adalah satu-satunya panduan yang anda perlukan untuk membantu anda mengenalpasti dan menggunakan segala tawaran yang disediakan oleh LHDN untuk mengurangkan jumlah cukai melalui pelepasan, pengecualian, insentif dan galakan cukai. 

Di penghujung harinya, anda tidak akan percaya berapa banyak jumlah cukai yang dapat dikurangkan dan LHDN sebenarnya menyediakan pelbagai fasiliti untuk yang anda boleh gunakan tanpa was-was. Dalam e-book ini anda akan:

Didedahkan dengan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai.

Tidak lagi perlu mencari apakah pelepasan cukai yang boleh dituntut dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan.

Merancang sendiri bagaimana memastikan beban cukai berkurangan tanpa perlu melanggar undang-undang.

Mengira sendiri cukai pendapatan anda selepas ini dan tahu bagaimana mahu mengelakkan diri dari dikenakan penalti.

Tiada lagi perasaan takut dan bimbang untuk tampil melaporkan pendapatan yang selama ini membelenggu ramai orang.

Didedahkan dengan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai.

Tidak lagi perlu mencari apakah pelepasan cukai yang boleh dituntut dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan.

Merancang sendiri bagaimana memastikan beban cukai berkurangan tanpa perlu melanggar undang-undang.

Mengira sendiri cukai pendapatan anda selepas ini dan tahu bagaimana mahu mengelakkan diri dari dikenakan penalti.

Tiada lagi perasaan takut dan bimbang untuk tampil melaporkan pendapatan yang selama ini membelenggu ramai orang.

Bonus Khas Istimewa Terhad

TIPS JIMAT CUKAI BISNES

  • Anda bukan sahaja mendapat satu malah, sempena pelancaran ebook ini anda akan mendapat
    1 lagi ebook tambahan. Tips Jimat Cukai Bisnes. Ebook ini hanya ditawarkan secara percuma dalam tempoh promosi. Kemudian akan dijual secara berasingan. 

*Gambar sekadar hiasan. Ebook ini anda perlu muat turun ke komputer atau smartfon anda. 

Antara Kandungan Dalam e-Book Tip Jimat Cukai Bisnes …

  • Penyata Kewangan – Syarat Wajib Pertama
    Sebagai pemilik perniagaan, ketahui apa tanggungjawab anda dalam penyediaan penyata kewangan.

     

  • Untung Yang Tak Dikenakan Cukai
    Kenalpasti jenis hartanah dan aset-aset yang tidak  bebas dari dikenakan cukai.

     

  • Rebat Zakat – Bersihkan Harta, Sucikan Hati
    Pelajari bagaimana untuk mendapat rebat dari tuntutan zakat. 

     
  • Insentif Dan Galakan Cukai
    Pendedahan 3 bentuk insentif yang membolehkan anda menikmati potongan 2 kali dan pengecualian cukai antara 70% – 100%
  • Ketahui Kadar Cukai Anda
    Ini yang banyak terlepas pandang. Anda pasti terkejut dan seronok jika mengetahui jumlah sebenar peratusan cukai mengikut tangga pendapatan. 
  • Pembelian Aset Perniagaan
    Ketahui penggunaan instrumen yang sesuai  dalam pembelian aset sebagai salah satu kaedah yang penjimatan cukai yang berkesan.
        

  • Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurangkan cukai

Dalam Ebook Tip Jimatkan Cukai Bisnes,
anda juga akan:

Memahami peranan dan tanggungjawab penting yang terpikul dibahu pembayar cukai.

Memahami langkah-langkah mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi pembayar cukai baru

Menyedari manfaat dan faedah yang akan diterima secara langsung atau tidak langsung apabila mereka melaporkan pendapatan dan membayar cukai

Mendapat pendedahan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja.

Memahami apakah bentuk perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan cukai dan bagaimana untuk mengelakkan ianya berlaku.

Memahami peranan dan tanggungjawab penting yang terpikul dibahu pembayar cukai.

Memahami langkah-langkah mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi pembayar cukai baru

Menyedari manfaat dan faedah yang akan diterima secara langsung atau tidak langsung apabila mereka melaporkan pendapatan dan membayar cukai

Mendapat pendedahan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja.

Memahami apakah bentuk perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan cukai dan bagaimana untuk mengelakkan ianya berlaku.

Anda bukan sahaja akan mengetahui bagaimana mengurangkan cukai secara sah dan mengurangkan risiko audit dan penyiasatan, malah memahami insentif dan galakan cukai terbaru berdasarkan Bajet 2018 & 2019 yang diberikan oleh pihak kerajaan yang sepatutnya tidak harus dilepaskan. Sehubungan itu, anda dapat mengetahui kadar cukai yang dikenakan secara jelas dan apakah perancangan yang boleh dilakukan.

Bukan itu sahaja, Tip Jimatkan Cukai Bisnes dapat membantu meningkatkan kekayaan melalui pemilikan aset menggunakan laporan dan bayaran cukai yang disediakan pada masa yang sama mengelak dari melakukan kesalahan dibawah undang-undang agar tidak dikenakan penalti dan mengalami kerugian.

Siapa Perlu Miliki Ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai dan Tip Jimatkan Cukai Bisnes Ini? …

  • Pemilik Perniagaan
  • Pengarah Syarikat
  • Pengurus Akaun / Kewangan
  • Peniaga Online
  • Pekerja / Eksekutif
  • Perunding takaful / Ejen / Wakil Jualan
  • Sesiapa sahaja yang menjana pendapatan.

    “Berapa Harga Panduan Yang Dapat Membantu Saya Mengurangkan Jumlah Cukai Ini? …”

    “Berapa Harga Panduan Yang Dapat Membantu Saya Mengurangkan Jumlah Cukai Ini? …”

    Ebook 101 Rahsia Mengurangkan Cukai secara keseluruhannya adalah pendedahan pelepasan, pengecualian, insentif dan galakan cukai yang boleh membantu anda MENGURANGKAN CUKAI anda sehingga 100% yang anda tak dapat cari di mana-mana.

    Ia adalah panduan menyeluruh yang tidak sahaja membantu pembayar cukai tegar malah membantu individu, usahawan online dan offline, syarikat-syarikat yang pertama kali hendak membayar cukai supaya tidak dikenakan cukai yang adakalanya terlebih bayar, membantu mengelakkan dikenakan penalti dan membantu mengurangkan cukai sehingga 100%.

    Saya tahu anda tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya, Betul?

    Dan persoalan yang bermain didalam fikiran anda sekarang adalah bagaimana untuk mendapatkan panduan ini.

    Tapi sebelum itu, saya ada berita baik untuk anda.

    Tidak seperti buku yang memerlukan masa untuk dihantar, Anda boleh dapatkan panduan tersebut, HARI INI JUGA! Lebih-lebih lagi tarikh akhir untuk hantar pemfailan cukai terlalu dekat, anda perlukan masa yang ada untuk selesaikan cukai secepat mungkin. 

    Sebab panduan ini disediakan dalam bentuk softcopy, atau dengan kata lain, e-Book yang anda boleh terus download ke komputer mahupun handfon.

    Anda tak perlu tunggu pos laju yang kadang-kadang tidak menepati masa penghantaran yang ada kalanya lebih dari 3 hari. 

    Penyelesaian yang sangat anda perlukan hari ini, akan sampai ke laptop mahupun telefon pintar dengan segera. 

    Dalam masa 10 minit sekarang, anda sudah boleh mula membaca dan mengaplikasikan rahsia pengurangan cukai yang akan mengubah jumlah asal cukai yang sangat tinggi kepada jumlah sebenar yang anda tidak akan percaya!

     Anda boleh dapat e-Book  101 Rahsia Pengurangan Cukai dan Bonus Khas Terhad Tips Jimat Cukai dengan pelaburan hanya… 

    RM100

    Ya, itu nilai sebenar panduan ini yang akan mengubah jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan kepada anda yang sedang ditunggu untuk dijelaskan.

    Sebab ini satu-satunya panduan yang mempunyai lebih 100 muka surat, BERWARNA, sarat dengan informasi, kaedah, strategi dan teknik-teknik pelepasan, pengecualian, insentif dan galakan cukai .

    Anda tidak akan rugi apa-apa apabila mendapatkan e-Book ini. Malah, ia satu-satunya pelaburan yang menguntungkan anda dan bisnes anda. Jika dilihat dari satu sudut perspektif, anda memang tidak boleh lari dari bayar cukai, tetapi lebih baik bayar dengan jumlah sepatutnya daripada terlebih. Anda nak yang mana?

    Tetapi Tunggu!

    Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya juga seorang individu yang menjalankan sebuah bisnes, dan saya tidak terlepas daripada membayar cukai. 

    Saya tahu apa yang anda lalui.

    Dan saya tahu, anda benar-benar perlukan satu panduan yang mampu mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan supaya dapat anda dapat simpan pendapatan yang anda bersusah-payah kumpul untuk diri anda dan keluarga. 

    Disebabkan itu, saya ada tawaran istimewa untuk anda.

    *Gambar sekadar hiasan. Ebook ini anda perlu muat turun ke komputer atau smartfon anda. 

    Hanya untuk jangka masa yang terhad anda boleh dapatkan pada kedua-dua e-book diatas pada harga …

    RM70

     

    Apa tunggu lagi? Masa sedang bergerak pantas. Tarikh akhir submit borang cukai hampir tiba. Tekan butang Beli SEKARANG! Jangan tunggu sehingga anda dikenakan penalti 300%, dan bayaran 5 digit baru nak bertindak beli. Ketika itu, ia mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

    HARGA AKAN DINAIKAN DALAM MASA

    Day(s)

    :

    Hour(s)

    :

    Minute(s)

    :

    Second(s)

    Anda mungkin berkata, membayar cukai hanya menguntungkan kerajaan. Ya, betul anggapan anda. Pada masa yang sama, membayar cukai juga menguntungkan anda. Menguntungkan dari segi profil kewangan yang lebih bernilai, menguntungkan dari segi pembiayaan yang mudah diperolehi dengan adanya pengisytiharaan pendapat dan laporan cukai dan menguntungkan dari segi pemilikan aset peribadi seperti hartanah.

    Cukai adalah satu tanggungjawab yang sememangnya anda tidak dapat lagi lari dari melaksanakannya. Ia bukan satu pilihan tetapi kewajipan kepada mereka yang layak dikenakan cukai. Oleh sebab itu, pilihan yang terbaik adalah dengan mempelajari dan memahami perancangan cukai agar tidak lagi prejudis dan skeptikal apabila menyentuh soal cukai. Jom jadi bijak!

    Khairul Amal Hashim

    p.s Tarikh akhir hantar borang BE dan B semakin hampir

    p.p.s Jangan tunggu LHDN mengetuk didepan pintu anda.

    p.p.p.s Lebih baik bayar cukai dari bayar penalti. Buat pembelian sekarang!

    Hakcipta Terpilihara 2019. www.bijakcukai.com